banner

Senin, 18 Juni 2012


Cara Simple Main Saham

Strategi main saham macam formasi bola 4-5-1. Cara ini tidak menjadikan untung kita cemerlang, tetapi strategi untuk dapat untung yang amat baik.
Kalau tuan pun dahulu sekolah Arab, maka grednya adalah Jayyid Jiddan. Ya, ini bukan strategi untuk dapatkan gred Mumtaz kerana untuk dapat gred Mumtaz kita perlu jadi pelabur yang guna formasi yang lebih attacking atau pun istilah yang lebih tepat, enterprising investor.

Menjadi seorang entreprising investor, kita kena belajar lebih dari ini. Kita perlu tahu kaedah fundamental seperti kemahiran membaca penyata kewangan syarikat dan juga memahami dengan baik prinsip asas bisnes.
Kaedah yang saya tunjukkan kepada tuan puan adalah kaedah indexing. Beli kaunter saham yang dijadikan sebagai indeks saham.
Apa itu Indeks ?
Hari-hari berita melaporkan indeks FTSE KLCI turun naik. Indeks ini melaporkan pergerakan saham secara keseluruhan. Indeks tidak menggambarkan secara khusus turun naik sesuatu kaunter. Jadi, walaupun indeks FTSE KLCI naik misalnya, saham kita boleh jadi untung, rugi atau tidak berubah.
Tuan puan boleh tengok balik kaunter-kaunter saham yang dibeli secara virtual itu dalam gambarajah yang disediakan, ada yang untung ada yang rugi tetapi secara keseluruhannya untung kerana indeks FTSE Hijrah naik (salah satu indeks Shariah untuk Bursa Malaysia dan kaedah yang saya guna pakai untuk indexing kali ini).
Bursa Malaysia hari ini menggunakan kaedah FTSE. Ada pelbagai indeks yang ada. Seperti FTSE KLCI, manakala untuk indeks patuh Shariah adalah Indeks Emas Shariah dan Indeks Hijrah Shariah. Jadi, kaunter-kaunter terpilih akan dikira untuk membentuk indeks-indeks ini.
Kebaikan Melabur Indeks
1. Mudah nak ikut pergerakan pasaran
Memandangkan kita beli indeks, maka hari-hari berita akan melaporkan turun naik indeks. Jadi, kita tak perlu pening kepala nak tahu turun naik portfolio kita hari-hari. Kalau tuan puan beli 20 kaunter saham, kan pening nak tengok hari-hari sekiranya kita bekerja dalam bidang lain?
2. Indeks menggambarkan ekonomi secara keseluruhan
Indeks saham adalah leading economy indicator. Kalau kita yakin dengan masa depan ekonomi negara misalnya, maka lebih mudah kita melabur dengan indeks. Kita tidak perlu teka misalnya sektor mana yang akan untung lebih tahun ini sebab indeks saham yang umum akan memasukkan semua syarikat-syarikat yang utama dari pelbagai sektor.
Jadi, kita takkan terlepas untung yang dibuat oleh syarikat yang utama dalam negara kita seperti TM, Digi, Maxis, Tenaga dan seterusnya. Kalau pun syarikat ini bankrap, akan ada syarikat lain yang dikira menjadi indeks.
3. Pengurusan Portfolio yang Pasif
Memandangkan syarikat yang masuk senarai indeks adalah syarikat yang berkualiti, maka kita tidak perlu selalu sangat jual beli saham yang mana komisen jual beli yang dibayar kepada broker akan makan untung kita.
Jadi kita hanya berjual beli ketika perlu sahaja. Tidak perlu tengok online statement hari-hari. Kita semua bukan kerja dalam syarikat pelaburan saham yang memang dibayar untuk melihat semua itu hari-hari.
Maka kita boleh jimat banyak kos dalam hal ini.
4. Syarikat Berkualiti Bagi Dividen
Syarikat berkualiti sahaja akan masuk indeks saham. Syarikat berkualiti adalah syarikat yang dapat untung besar dan beri dividen yang hensem kepada semua pemegang saham mereka.
5. Kita akan sentiasa bersama Mr Market, untung dan rugi
Mr Market adalah rakan kita dan bukan musuh kita. Kalau kita tidak tahu cara yang betul untuk lebih untung dari Mr Market, maka kita ikut sahaja apa yang Mr Market buat iaitu beli indeks!
Ya, kita pasti rugi kalau pasaran saham jatuh teruk.
Tetapi apa yang lebih penting, kita pasti untung kalau pasaran saham menaik.
Situasi kita? Pasaran saham turun atau naik, kita rugi dalam kedua-dua keadaan.
Pelaburan Indeks Alternatif ASB
Berikut adalah apa yang berlaku selepas sebulan. Saya tidak perlu lihat online statement setiap hari melainkan cuma mendengar / membaca laporan indeks yang hari-hari ada dalam akhbar. Saya beli sekali, goyang kaki dan buat adjustment sekali sekali sekiranya perlu.
Memandangkan sebulan ini (Oktober 2010) pasaran saham naik, maka portfolio saya pun naik dalam 3% ++ . Sekiranya, pasaran jatuh maka portfolio saya pasti jatuh tetapi dividen tetap dapat juga kerana bisnes syarikat-syarikat ini tidak digambarkan sepenuhnya dalam pasaran saham.
Bagi saya, ini adalah alternatif terbaik untuk ASB. Alternatif ASB bukanlah dana saham amanah Islam yang bersifat growth, aggresive, balanced dan sebagainya yang menyebabkan kita mengambil risiko yang tidak perlu, tetapi alternatifnya adalah Shariah index fund, iaitu portfolio saham patuh Shariah yang kita cipta sendiri atau beli dari syarikat saham amanah yang menawarkan index fund.
Selamat mencipta indeks fund sendiri ya!

Tidak ada komentar:

Posting Komentar